Cuaca bumi Cuaca

Awan kumulus humilis

Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan mempengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami. [1]

Atmosfera Bumi ialah satu sistem huru-hara yang mana pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar di kawasan lain. Keadaan ini menjadikannya sukar bagi menjangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih daripada beberapa hari lebih awal sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan batas ini melalui sains kajian cuaca, meteorologi.

Teori Huru-Hara menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah tidak terhingga yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Kelainan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmosfera. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposfera cukup untuk mendorong kepada keadaan berlainan sepenuhnya. Dengan itu, jangkaan cuaca dengan tepat adalah tidak mungkin.

Kriteria Mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk

Di Malaysia, khususnya setiap pada penghujung tahun, hujan lebat sentiasa berlaku lebih-lebih lagi di bahagian Pantai Timur dan akan mengakibatkan banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia telah menetapkan paras amaran dengan warna kuning, jingga dan merah. Berikut ialah penerangan mengenai warna amaran itu: [2]

Peringkat amaranKriteriaKesan yang boleh berlaku
Kuning
  • Kemungkinan berlaku luruan monsun dalam tempoh 24-48 jam.
Jingga
  • Hujan monsun sederhana sedang berlaku untuk beberapa jam akan datang.

atau

  • Banjir di kawasan rendah dan tebing sungai.
  • Sistem tekanan rendah / lekukan tropika dengan kelajuan angin 50-60 km/j disertai hujan sederhana menjadi lebat.

atau

  • Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.
  • Angin kencang dengan kelajuan 50-60 km/j (pokok bergoyang, apabila berjalan melawan angin berasa tidak selesa) dengan hujan renyai menjadi sederhana dan akan bertahan sehingga 2 jam.
Merah
  • Hujan monsun yang lebat dan meluas berlaku atau dijangka berlaku dalam beberapa jam akan datang.

atau

  • Arus banjir berlaku di kawasan rendah dan tebing sungai.
  • Ribut tropika/taufan dengan kelajuan angin sekurang-kurangnya 60 kmsj disertai hujan sederhana menjadi lebat.

atau

  • Arus deras boleh membahayakan kanak-kanak yang bermain berdekatan dengan longkang besar dan tebing sungai
  • Angin kencang dengan kelajuan sekurang-kurangnya 60 kmsj(dahan sekah, biasanya menghalang pergerakan yang menentang arah angin, berlaku kerosakan struktur) dengan hujan sederhana menjadi lebat dan bertahan sehingga 2 jam.
  • Bumbung rumah boleh diterbangkan angin.